Amalan nilai-nilai
murni ini amat penting dalam kehidupan seharian. Amalan nilai-nilai murni
ini patut dipupuk sejak kecil lagi. Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan
untuk memupuk amalan nilai-nilai murni.
Keluarga boleh memainkan peranan dalam memupuk amalan
nilai-nilai murni. Ibu bapa boleh memupuk amalan nilai-nilai murni dengan
menunjukkan contoh yang baik. Antara contoh amalan nilai-nilai murni yang boleh
ditunjukkan oleh ibu bapa lalah nilai kebersihan. Ibu bapa juga perlu
menasihati anak-anak agar menghormati ahli keluarga yang lebih tua.
Selain itu, masyarakat juga boleh memainkan peranan
penting dalam usaha memupuk nilai-nilai murni. Contohnya, anggota masyarakat
perlu mengamalkan nilal bekerjasama dan bertolak ansur. Nilai bekerjasama dan
bertolak ansur ini penting kerana masyarakat Malaysia adalah berbilang kaum.
Sesungguhnya, amalan nilai-nilai murni dalam masyarakat mempengaruhl sikap
generasi muda dan ia akan memberi kesan kepada keamanan dan kesejahteraan
negara.
Pihak sekolah juga boleh memainkan peranan dalam memupuk
nilai-nilai murni. Contohnya, pihak sekolah boleh memberi nasihat kepada
pelajar agar sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
Antara nilai-nilai murni yang perlu diamalkan oleh pelajar ialah nilai
kerajinan dan bertanggungjawab. Amalan nilai kerajinan akan membolehkan pelajar
menjadi pelajar yang cemerlang dan dapat melanjutkan pelajaran ke universiti.
Disamping itu, media massa seperti televisyen juga boleh
memainkan peranan untuk memupuk amalan nilai-nilai murni. Hal ini kerana media
massa berupaya mempengaruhi sikap seseorang. Televisyen perlu menayangkan filem
yang dapat memupuk amalan nilai¬nilai murni dalam kehidupan seharian. Surat
khabar pula boleh menyiarkan rencana tentang kebaikan amalan nilal-nilai murni.
Pihak kerajaan juga boleh memainkan peranan untuk memupuk amalan
nilai-nilai murni di kalangan masyarakat. Hal ini kerana pihak kerajaan
mempunyal sumber kewangan untuk melaksanakan program kesedaran. Contohnya,
pihak kerajaan boleh melancarkan Kempen Amalan Nilai Murni melalui stesen
televisyen dan radio milik kerajaan. Pihak kerajaan juga boleh meminta
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melaksanakan program¬program yang dapat
memupuk amalan nilai-nilal murni.