SUDUT ILMIAH

MAKSUD MODAL INSAN


Modal insan merujuk kepada sumber tenaga manusia yang dianggap penting dan ia perlu diurus dan digunakan dengan sebaik mungkin. Dalam isitilah perakaunan, capital yang merujuk kepada modal merupakan satu set yang penting dan perlu dititik beratkan. Bagi Itami (1987), modal insan merupakan aset tidak ketara (invisible asset) yang perlu diuruskan dengan berkesan agar organisasi dapat bersaing dalam pasaran dan memperoleh keuntungan.
            Selain itu, modal insan telah diiktiraf sebagai asset yang paling penting dan paling berharga yang perlu dibangunkan secara berterusan. Kelebihan yang dimiliki oleh modal insanlah yang bakal mencorakkan pembangunan negara dan juga perkembangan organisasi (Davenport, 1999). Program Pembangunan Modal Insan (PMI) yang berkesan merupakan penggerak, pencetus dan pemangkin kepada pelaksanaaan dan penghayatan terhadap wawasan, misi dan matlamat negara.
            Menurut Dzikowski (1999), aset milikan modal insan diukur kepada tahap pengetahuan (know-how), kemampuan (capabilities), kemahiran (skills) dan kepakaran (expertise) yang dimiliki oleh pekerja yang dilihat dalam konteks organisasi. Sementara itu, Fitz-enz (1984) pula menjelaskan modal insan sebagai kombinasi kelebihan beberapa faktor seperti sifat, kebolehan melaksanakan tugas dengan paling berkesan dan dorongan untuk melakukannya. Bagi beliau, sifat meliputi kepintaran, usaha, sifat positif, kebolehpercayaan dan komitmen. Kebolehan pula merupakan bakat, imaginasi, kretiviti dan cara untuk menyiapkan kerja yang telah ditugaskan untuk disiapkan dalam sesuatu masa yang telah diberikan. Manakala, dorongan merupakan kuasa desakan untuk berkongsi maklumat dan pengetahuan dalam membangunkan semangat kerja berpasukan yang berorientasikan matlamat.
            Seterusnya, bagi Ricks et al. (1995) pula, PMI adalah merujuk kepada penambahan keupayaan pekerja dalam pembangunan kerjaya di masa hadapan dengan menekankan kepada aspek keyakinan diri, kemahiran menganalisis dan kepakaran dalam bidang-bidang yang disertai. Menurut Truelove (1995), PMI adalah proses di mana individu bersedia untuk meningkatkan kemahiran melaui pengalaman kerja yang dilalui. Motifnya adalah untuk menggunakan kemahiran dan pengetahuan yang telah diberi dalam latihan bukan setakat untuk prsetasi kerja pada masa hadapan. Kemahiran pula sering dikaitkan dengan pengetahuan, di mana keduanya sama-sama penting. Kemahiran berkait rapat dengan kemampuan mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang bakal membolehkan individu terus meningkatkan kualiti kerja yang dijanakan.
            Menurut pemegang anugerah Hadiah Peringatan Nobel Sains Ekonomi 1992, iaitu Gary S. Becker menyatakan bahawa modal insan ialah pengukuran nilai ekonomi bagi set kemahiran eorang pekerja (Gary S. Becker, 1993). Umumnya, pengukuran dibuat dengan tanggapan bahawa semua pekerja adalah sama dari segi nilai input pengeluaran. Walaubagaimanapun, tidak semua pekerja adalah sama dari segi nilai input pengeluaran. Kualiti pekerja boleh ditambah baik melalui pelaburan kepada pekerja tersebut. Pengetahuan, pengalaman dan keupayaan serta kemahiran pekerja mempunyai nilai ekonomi bukan sahaja kepada individu tetapi kepada organisasi dan majikan serta kepada pasaran ekonomi (Wikipedia, 2007). Pekerja sebagai asset terpenting organisasi perlu dioptimumkan potensinya untuk mengelakkan sebarang pembaziran kepada organisasi khasnya dan kepada negara amnya.
            Pakej modal insan merujuk kepada himpunan kemahiran produktif dan pengetahuan teknikal dalam diri pekerja (Wikipedia, 2007). Contohnya seorang pekerja yang berkelayakan dan berkemahiran dianggap bernilai kepada pasaran ekonomi berdasarkan output berkualiti yang dihasilkan mengikut sasaran dan piawaian yang ditetapkan oleh organisasi. Hal ini bermakna semakin tinggi ilmu, pengtahuan dan kemahiran pekerja, semakin tinggi nilainya kepada ekonomi dan sebaliknya.
            Pengenalan istilah modal insan ini ditonjolkan melaui justifikasi unik ciri-ciri pengatahuan. Dua ciri-ciri utama pengetahuan ialah:

i)                  Boleh diperluas  dan penjanaan kendiri
Misalnya para doktor yang berpengalaman dengan sendirinya kepakaran mereka akan memberi nilai tambah dari segi modal insan. Faktor aset terhad dapat diatasi dengan pendekatan penjanaan kendiri oleh para pekerja. Hal ini bermakna potensi seseorang pekerja boleh dipertingkatkan melaui tempoh masa dan latihan formal yang diberi dan ditauliahkan oleh badan yang diiktiraf.


ii)                  Boleh disebarkan dan dikongsi
Contohnya, sifat ilmu itu sendiri yang boleh disebar dan dikongsi. Proses pemindahan ilmu tidak mengakibatkan penyusutan nilai kepada para pengajar dam pemilik ilmu berkenaan. Sebaliknya, ianya memberi merit dan nilai tambah kepada penyebarnya serta memberi manfaat yang besar kepada penerimanya. Penyebaran yang berlaku boleh mengurangkan masalah kekurangan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan pekerja. Contohnya, sisitem mentor mentee (Wikipedia, 2007).


Memandangkan konsep modal insan adalah suatu yang kompleks, Laroche dan Merette (1999) telah merumuskan konsep ini dengan menggariskan lima aspek penting mengenainya, iaitu:
i)               Modal insam merupakan asset milikan negara yang tidak boleh dipindahkan deripada seorang kepada seorang yang lain. Ia meliputi himpunan pengetahuan, kepakaran dan kemahiran yang menjadi hak milik individu yang diperoleh di atas kepupayaan diri sendiri melalui sokongan negara.
ii)                 Setiap individu tidak melalui tahap kemajuan diri yang sama dalam membangunkan potensi yang terdapat pada diri masing-masing. Terdapat individu yang mampu membangunkan potensi diri pada peringkat awal. Di samping itu, terdapat dalam kalangan mereka yang membina keupayaan diri pada peringkat yang lebih lewat.
iii)                Modal insan dapat dilihat dari aspek kualiti dan kuantiti. Kedua-dua aspek ini mempunyai peranan yang tersendiri dan saling mempengaruhi dalam pembangunan negara.
iv)                Modal insan boleh bersifat khusus untuk individu tertentu atau ia juga boleh digunakan secara kolektif.
v)                  PMI turut dipengaruhi oleh faktor luaran seperti pengaruh politik, ekonomi dan teknologi. Faktor-faktor ini bergantung kepada kedinamikan dan keakraban ikatan sosial yang terdapat dalam persekitaran berkenaan.
Peter Drucker menegaskan cabaran terhebat bagi sesebuah organisasi ialah untuk membuat anjakan dari ekonomi berasaskan industri semata-mata kepada gabungan ekonomi berteraskan industry dan pengetahuan. Tujuan dan fungsi utama sesebuah organisasi ialah untuk mengintegrasikan ilmu dan kemahiran khusus kepada penyempurnaan tugas yang disasarkan kepada pekerja untuk mencapai produktiviti yang optimum (Peter F. Drucker, 2005). Hal ini disokong oleh sarjana dalam bidang ini, iaitu Jac Fitz-enz bahawa anjakan paradigm di mana pemgetahuan sebagai penentu perubahan memberi impak yang besar dalam semua aspek pengurusan organisasi merangkumi kecekapan operasi, pemasaran, struktur organisasi dan pelaburan modal insan (Jac Fitz-enz, 2007)


KONSEP PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Konsep pembangunan modal insan (PMI) berkait rapat dengan penambahbaikan kualiti modal insan secara berterusan melalui peningkatan ilmu, kemahiran, minda, spiritual, emosi dan perwatakan yang bersesuaian dengan reality, tuntutan semasa dan perubahan yang berlaku. Menurut Sveiby (1997), modal insan perlu diterima sebagai mekanisme penjana kemajuan negara dan juga kemakmuran organisasi. Sehubungan itu, beliau seterusnya menegaskan pendekatan terbaik untuk PMI adalah dengan melahirkan individu yang benar-benar mahir dalam bidang kerja yang dipertanggungjawabkan. Kejayaan ini ditentukan oleh kekuatan budaya ilmu dan budaya belajar yang perlu terus dipupuk oleh negara.
            Proses PMI perlu ditumpukan kepada pembinaan sikap untuk menghargai nilai-nilai keinsanan yang perlu diterima sebagai satu kelebihan kempetitif. Manusia yang tidak menghormati keinsanannya akan dihina dan diperlecehkan, hilang kehormatan diri dan tidak yakin pada diri sendiri. Kesannya, akan menjatuhkan martabat mereka kepada makhluk yang lemah dan tidak mampu menyumbang kepada kebaikan sejagat. Membina manusia yang utuh keinsanannya bermakna membangunkan pemimpin, usahawan, pengurus, pentadbir atau pekerja yang amanah dan bertanggungjawab. Bagi tujuan ini, proses pembinaan keinsanan hendaklah dijanakan secara bersepadu, iaitu meliputi pembangunan kognitif, kedewasaan emosi, kemahiran sosial dan kemantapan kerohanian yang bakal dibangunkan secara adil, bersepadu dan seimbang.


KEPENTINGAN MODAL INSAN

1.      Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi Negara serta memupuk “Minda Kelas Pertama”
-          Masyarakat yang berpengetahuan, mampu berdaya saing, berbudaya kerja cemerlang dan mempunyai kekuatan moral

2.      Menjadi Negara berdaya saing dan maju
-          Tenaga muda merupakan golongan yang mempunyai potensi yang amat bernilai untuk dibangun. Golongan ini boleh dijadikan benteng harapan untuk maju ke hadapan dan sebagai sumber penting bagi membentuk zaman dan kemajuan.

3.      Indikator atau petunjuk penting dalam pembangunan sesebuah negara
-          Kita perlu sedar dalam menghadapi cabaran globalisasi, rakyat terutamanya generasi muda perlu bijak mengandun antara nilai tradisional dan kontemporari dalam usaha memajukan Negara dan martabat bangsa.

4.      Menjana kemajuan dalam semua bidang dan mampu menempa kemajuan dan perubahan.
-          Sistem pendidikan yang ditawarkan amat gagah cuba melakukan transformasi total atau perubahan yang menyeluruh terhadap cara dan gaya hidup, resam budaya, dominasi ekonomi dan kewangan, perkembangan ilmu dan pendidikan, teknologi maklumat, media cetak dan elektronik terhadap manusia. Penekanan kuat kepada budaya pembelajaran dalam kalangan orang Melayu adalah untuk perjalanan menuju wawasan 2020.

KONSEP NILAI


APAKAH NILAI?

1.Jules Henry (1975) mendefinisikan nilai sebagai sesuatu yang dikira baik sepertikasih sayang, baik hati, kepuasan hati, keseronokan, kejujuran, kesopanan,ketenangan dan kesederhanaan. Raths, Harmin dan Simon (1980) merumuskan nilaisebagai garis panduan umum terhadap tingkah laku. Garis panduan ini memberikansatu arah kepada kehidupan seseorang atau anggota sesuatu masyarakat. MasyarakatMelayu mempunyai cara tersendiri dalam mendidik masyarakatnya untuk menghayatinilai. Penghayatan nilai ini bukannya secara terang-terangan namun disampaikansecara halus melalui pantun, sajak dan sebagainya. Mengikut Redfield (1953) nilai ialah suatu konsep tersurat atau tersirat bagiindividu atau sifat-sifat bagi suatu kelompok yang dikehendaki yang mempengaruhipemilihan ragam, maksud dan segala tindakan. 

        Masyarakat Melayu menggunakanpantun yang mempunyai maksud tersirat dalam menyampaikan nilai atau pengajaranterhadap sesuatu perkara. Pantun merupakan salah satu nilai tradisi yang telahdikembangkan dalam kalangan anggota masyarakat Melayu sejak zaman dahulu lagi.Pada zaman dahulu, pantun sering digunakan bagi menyindir atau menegur seseorangsecara halus. Namun begitu pada zaman sekarang pantun dilihat sebagai satu hasilsastera yang mempunyai nilai estetika yang tinggi tetapi ada juga yang beranggapansebaliknya. Perkembangan nilai tradisi ini dapat mengukuhkan ikatan sosial danmenonjolkan identiti masyarakat Melayu. 

         Nilai-nilai tradisi yang telah bertapak dengan kukuh telah menyebabkanterbentuknya sistem nilai yang mencorakkan beberapa kepercayaan, norma, amalandan tingkah laku anggota sesuatu masyarakat khususnya masyarakat Melayu. Nilai inijuga merupakan nilai budaya masyarakat Melayu itu sendiri contohnya amalanbergotong-royong ketika mengadakan kenduri. Amalan bergotong-royongmencerminkan nilai kerjasama yang erat dalam kalangan masyarakat Melayu. Nilaitradisi ini telah terbentuk dari satu generasi ke satu generasi yang meliputi idea, amalandan pengetahuan. Hutcheon (1972), seorang ahli antropologi mempunyai beberapa pengertian lainuntuk mentakrifkan nilai. Menurut beliau, nilai merupakan norma, idealisma budaya,kepercayaan, barang-barang berharga, orientasi nilai, tingkah laku yang baik dan sikap.

         Raymond Firth (1964) pula menerangkan bahawa nilai dikenal pasti melalui objek, motifdan matlamat. Clyde Kluckhohn (1951) menjelaskan bahawa konsep nilai kadang kaladikelirukan dengan sikap, tindak-tanduk, objek, kuantiti yang boleh diukur, adat istiadatatau tradisi. Menurut beliau lagi, nilai ialah satu konsepsi yang diingini sama ada yangtersurat atau tersirat yang mencirikan individu atau kumpulan yang mempengaruhi cara,maksud dan matlamat tindakan yang dilakukan. Menyedari akan kepentingan penerapan nilai bukan sahaja dalam kalanganmasyarakat Melayu malahan seluruh anggota masyarakat, Pusat PerkembanganKurikulum telah menyenaraikan sebanyak 15 nilai murni dalam Falsafah Pendidikan Negara sebagai salah satu elemen dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.Kesemua nilai-nilai yang digariskan ini merupakan nilai-nilai asas peribadi yang ingin diterapkan dalam kalangan murid. Penerapan nilai sejak di peringkat sekolahsememangnya sangat tepat kerana nilai merupakan penentu dalam diri manusiaseterusnya mempengaruhi pilihannya dalam kehidupan dan akan menentukan tingkahlaku. 

         Super (1957) menerangkan bahawa nilai menyerapi semua aspek kehidupan,semua matlamat yang telah ditetapkan oleh seseorang individu dan perkara-perkaradalam kehidupan yang sangat penting. Coughlan (1969) dalam merumuskan definisinilai menjelaskan bahawa nilai kebiasaannya dilihat sebagai keutamaan, kriteria, objek,milik, personaliti dan sifat-sifat status, pemikiran yang tetap yang diwariskan dalamobjek-objek atau terdapat dalam diri manusia yang bersamaan dengan tingkah laku.Sebagai contohnya melalui pantun di bawah : Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga, Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga.

           Melalui pantun ini dapat dilihat bahawa nilai yang ingin ditonjolkan ialah nilaiseseorang yang mempunyai budi yang baik. Meskipun seseorang itu telah tiada didunia perkara baik yang telah dilakukan semasa hayatnya tetap dikenang oleh orang.Sikap serta nilai murni yang ditonjolkan menggambarkan personaliti seseorang yangbaik akan meningkatkan status dirinya. Hal ini kerana, pada zaman dahulu statusseseorang bukanlah digambarkan melalui kekayaan harta benda serta pangkatnyatetapi melalui personalitinya yang sopan serta ketinggian budi bahasanya. Melaluipantun, masyarakat Melayu zaman dahulu dapat menyampaikan nasihat, meluahkanperasaan dan berhibur. Berdasarkan aspek psikologi pula, Clyde Kluckhohn (1951) mendefinisikan nilaisebagai aspek motivasi yang boleh dirujuk kepada sesuatu taraf, peribadi atau budayaiaitu nilai itu tidak wujud secara mendadak. Definisi ini menekankan bahawa faktor nilaidigunakan untuk melakukan sesuatu tindakan dan juga merupakan pengawalanterhadap arah tindakan. 

      William A. Scott (1965) menyamakan nilai dengan moral yangunggul. Beliau mentakrifkan nilai sebagai suatu konsep individu tentang perhubunganyang unggul yang digunakan untuk menilai sesuatu keburukan atau kebaikan dansesuatu kesalahan atau kebenaran tentang perhubungan yang sebenarnya dilihat ataudirasai. Hal ini kerana, nilai ialah suatu kesedaran yang dinyatakan oleh seseorang.Kenyataan tersebut pula boleh jadi tidak jitu kerana kecetekan pemikiran dan dayaintelek yang terbatas. Sesuatu nilai bukan sahaja memberi satu matlamat tindakan yangkonkrit tetapi juga merupakan satu nilai tara untuk pemilihan matlamat. Nilai bukan sahaja berasaskan kepada kepercayaan semata-mata. Nilai jugamempunyai dimensi lain iaitu emosi. Nilai menunjukkan komitmen emosi yangberpengaruh iaitu bagaimana seseorang itu menunjukkan perasaan suka atau benciterhadap sesuatu. 

          Hal ini boleh diumpamakan seperti kita menyukai seseorangdisebabkan oleh nilai emosi suka atau kita sangat tidak menyukai seseorangdisebabkan oleh pengaruh nilai emosi benci. Masyarakat Melayu yang juga sinonimberagama islam sememangnya telah diterapkan dengan amalan nilai-nilai murni.Objektif penerapan nilai-nilai ini adalah bertujuan supaya nilai murni dan sikap positiftentang kehidupan dan pekerjaan yang dianjurkan dapat dipraktikkan dan diamalkan bagi membaiki taraf hidup manusia dan mencapai hasil yang maksimum berdasarkansumber yang telah diberi. Penekanan terhadap nilai-nilai Islam juga bertujuan supaya ajaran-ajaran Islamyang dipegang dan diyakini selama ini perlu dihayati mengikut suasana dan kontekskehidupan manusia. Umpamanya sifat membazir adalah dilarang sama sekali dalamIslam dan kehidupan masyarakat Melayu, namun tafsiran membazir setakat ini terhadkepada penggunaan wang atau harta benda secara berlebihan sahaja. 

         Selain itu, nilai juga mencorakkan kekuatan dan kelemahan sesuatu bangsa. Menurut Atiq Ebady perbezaan di anatara nilai-nilai agama Islam dengan nilai-nilai orang Islam timbul oleh sebab orang Islam tidak mengamalkan agama Islam mereka secara sempurna. Maka, timbul satu jurang diantara nilai-nilai Islam yang sebenar dengan nilai-nilai yang dipegang oleh orang Islam sendiri seperti keadaan yang diterangkan di atas. Dalam dunia moden hari ini, kita dapat melihat banyak bangsayang kuat dari segi persiapan material tetapi lemah dari segi ketahanan diri. Maka,bangsa yang kuat itu menjadi lemah dan tidak dapat menjaga kestabilan dan keutuhannya. Masyarakat Melayu yang beragama Islam seharusnya memiliki persiapanyang seimbang tidak kira dari segi material mahupun ketahanan diri supaya apabila kita dihadapkan dengan cabaran dugaan, kita dapat bangkit dan membina semula tamadunmenggunakan persiapan material dan ketahanan diri yang ada. 

            Kesimpulannya, nilai merupakan satu aspek yang penting dalam mencorakkanbudaya hidup manusia. Nilai jugalah yang mencerminkan norma masyarakat. Norma iniamat penting bagi mengawal tingkah laku manusia atau kelompok masyarakat keranajika setiap anggota kumpulan masyarakat dibiasakan membuat apa sahaja tanpaperaturan dan pantang larang, maka sesuatu perkara itu akan dilakukan mengikutsesuka hati sahaja tanpa memikirkan persepsi serta pandangan masyarakat atau orangyang berada di sekeliling. Selepas memperhatikan kepelbagaian nilai, kita dapatmengetahui nilai yang bertumpu kepada orang Melayu. Nilai-nilai tersebut diwarisi,dipertahankan dan dijaga dengan rapi. Namun ada juga nilai-nilai yang dipegang sudahberubah, sedang berubah dan akan berubah. Justeru penerapan nilai yang berasaskan kepada norma yang telah ditetapkan dari semasa ke semasa perlu berjalan seiring agarsebuah masyarakat yang harmonis dan bersatu padu dapat dibina.


Maksud Nilai
Nilai lazimnya dikaitkan dengan nilai murni. Nilai murni datang dari keluarga anda,rakan sebaya, masyarakat atau orang yang terdekat dengan anda. Nilai murni yanganda pegang adalah sangat bermakna pada anda dan ia membentuk keperibadiananda. Nilai murni anda haruslah sesuai dengan masyarakat. Sekiranya nilai andabertentangan dengan persekitaran sosial, maka anda perlu bersedia untukmenghadapi keadaannya.


kepentingan nilai

Nilai-nilai murni merupakan amalan baik yang perlu ada pada setiap orang supaya segala tindakan mereka tidak menyeleweng dari norma-norma sosial yang dikehendaki dalam masyarakat. Nilai-nilai murni ini dapat melahirkan insan yang unggul dan utopia demi merealisikan misi nasional negara. Sejajar dengan itu, subjek Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam telah diajar di sekolah-sekolah untuk membentuk generasi muda yang sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka. Selain itu, ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting untuk memastikan wujudnya nilai-nilai murni dalam diri anak-anak mereka.

        Nilai-nilai murni penting dalam kehidupan untuk melahirkan insan yang berakhlak mulia. Sesungguhnya berakhlak mulia amat dituntut dari sudut budaya, peradaban dan agama kita. Amalan nilai-nilai murni dapat membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Kini, bilangan pelajar di negara kita sejumlah 5 juta orang, jika tidak diterapkan dengan nilai-nilai murni sejak di bangku sekolah maka mereka akan menjadi generasi yang akan merugikan negara pada masa kelak. Hal ini kerana, nilai-nilai murni akan mencerminkan suasana kehidupan yang harmoni di Malaysia.

       Selain itu, perlu adanya nilai-nilai murni dalam kehidupan adalah untuk membentuk masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran agama. Kepatuhan kepada agama dapat membentuk insan mulia yang sentiasa patuh kepada Tuhan dan setia kepada negara. Oleh itu, ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai murni yang terdapat dalam doktrin agama masing-masing ke dalam jiwa anak-anak. Tambahan pula, nilai-nilai murni yang berasaskan agama penting untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu.

        Di peringkat sekolah pula, didikan moral yang positif dan nilai murni yang diterapkan oleh guru, akan dapat mengelakkan diri pelajar daripada terjebak dalam pelbagai pengaruh negatif luar yang tidak memberikan apa-apa faedah dan manfaat. Bekas Perdana Menteri, Tun Sri Dr. Mahathir Mohamad memperkenalkan subjek Pendidikan Moral di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah adalah bertujuan memupuk nilai-nilai murni remaja sejak di bangku sekolah. Hal ini demikian kerana negara memerlukan generasi yang berpengetahuan, berwibawa dan berwawasan, berdisiplin, hemah tinggi, dedikasi, berfikiran luas serta positif.

         Guru-guru dan keadaan sekolah yang kondusif boleh membantu para pelajar untuk mewujudkan nilai murni dalam diri mereka. Kewujudan nilai-nilai murni ini dapat melahirkan pelajar yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik, tetapi juga bidang kokurikulum. Sebagai contohnya, guru-guru yang menunjukkan sikap positif boleh menjadirole model kepada para pelajar. Tambahan pula, keadaan sekolah yang kondusif dan lengkap dengan kemudahan pembelajaran dapat memudahkan para pelajar belajar dan seterusnya dapat memupuk sikap posif dalam diri mereka. Begitulah caranya sekolah dapat membantu para pelajarnya menjadi seorang yang memiliki nila-nilai murni dalam diri mereka.

      Tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat pada hari ini terlalu materialistik dan mementingkan kemewahan. Oleh itu, tanggapan sesetengah pihak yang menganggap kononnya nilai kasih sayang yang boleh ditukar ganti dengan harta benda merupakan satu kesilapan besar. Sebenarnya, gejala sosial yang semakin berleluasa ini berpunca daripada kekurangan kasih sayang daripada ibu bapa mereka. Ibu bapa terlalu sibuk dan tiada masa untuk menerapkan nilai-nilai murni kekeluargaan seperti kesopanan, adab dan kelakuan yang baik kepada anak-anak. Oleh itu, dalam usaha memupuk nilai murni dalam diri anak-anak, ibu bapa perlu sentiasa bersikap prihatin terhadap anak mereka bagi membina sebuah keluarga yang harmoni.

          Kesimpulannya, semua masyarakat di negara ini perlulah tahu dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam diri masing-masing. Hal ini demikian kerana, terdapat banyak kepentingan bagi nilai-nilai murni yang wujud dalam diri kita. Selain itu, terdapat banyak juga langkah untuk mewujudkan nilai-nilai murni ini. Sebagai hasilnya, negara akan memiliki rakyat yang produktif dan berkualiti.


Cara-cara Memupuk Amalan Nilai -nilai Murni

Amalan nilai-nilai murni ini amat penting dalam kehidupan seharian. Amalan nilai-nilai murni ini patut dipupuk sejak kecil lagi. Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk memupuk amalan nilai-nilai murni.

         Keluarga boleh memainkan peranan dalam memupuk amalan nilai-nilai murni. Ibu bapa boleh memupuk amalan nilai-nilai murni dengan menunjukkan contoh yang baik. Antara contoh amalan nilai-nilai murni yang boleh ditunjukkan oleh ibu bapa lalah nilai kebersihan. Ibu bapa juga perlu menasihati anak-anak agar menghormati ahli keluarga yang lebih tua.

          Selain itu, masyarakat juga boleh memainkan peranan penting dalam usaha memupuk nilai-nilai murni. Contohnya, anggota masyarakat perlu mengamalkan nilal bekerjasama dan bertolak ansur. Nilai bekerjasama dan bertolak ansur ini penting kerana masyarakat Malaysia adalah berbilang kaum. Sesungguhnya, amalan nilai-nilai murni dalam masyarakat mempengaruhl sikap generasi muda dan ia akan memberi kesan kepada keamanan dan kesejahteraan negara.

     Pihak sekolah juga boleh memainkan peranan dalam memupuk nilai-nilai murni. Contohnya, pihak sekolah boleh memberi nasihat kepada pelajar agar sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Antara nilai-nilai murni yang perlu diamalkan oleh pelajar ialah nilai kerajinan dan bertanggungjawab. Amalan nilai kerajinan akan membolehkan pelajar menjadi pelajar yang cemerlang dan dapat melanjutkan pelajaran ke universiti.

      Disamping itu, media massa seperti televisyen juga boleh memainkan peranan untuk memupuk amalan nilai-nilai murni. Hal ini kerana media massa berupaya mempengaruhi sikap seseorang. Televisyen perlu menayangkan filem yang dapat memupuk amalan nilai¬nilai murni dalam kehidupan seharian. Surat khabar pula boleh menyiarkan rencana tentang kebaikan amalan nilal-nilai murni.

        Pihak kerajaan juga boleh memainkan peranan untuk memupuk amalan nilai-nilai murni di kalangan masyarakat. Hal ini kerana pihak kerajaan mempunyal sumber kewangan untuk melaksanakan program kesedaran. Contohnya, pihak kerajaan boleh melancarkan Kempen Amalan Nilai Murni melalui stesen televisyen dan radio milik kerajaan. Pihak kerajaan juga boleh meminta Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melaksanakan program¬program yang dapat memupuk amalan nilai-nilal murni.

Konsep Nilai

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010: 1081), perkataan ‘nilai’ merujuk kepada darjat, kualiti, mutu dan taraf. Dalam bidang sains sosial, nilai (value) boleh didefinisikan dalam tiga konteks utana, iaitu sebagai sifat (attribute) bagi mengatakan kepentingan atau manfaat sesuatu objek, mengatakan kadar harga atau markah sesuatu objek berbentuk kuantiti dan sebagai ukuran atau piawaian kepada sesuatu kelakuan manusia. Nilai juga diistilahkan sebagai ‘al-qimah’ dalam bahasa Arab yang lebih merujuk kepada harga yang ditetapkan atau diletakkan pada sesuatu.

            Nilai juga bersifat aksiologi dan mempunyai hubung kait dengan falsafah nilai. Nilai membolehkan manusia membezakan antara yang baik atau buruk dan betul atau salah. Oleh hal yang demikian, nilai bukan sahaja merupakan satu standard bagi sesuatu barang, tetapi juga menjadi dasar atau asas dalam menerima atau menolak sesuatu perlakuan manusia.

            Kehidupan masyarakat Melayu sememangnya tidak boleh terlepas daripada peraturan dan aturan yang perlu dipatuhi berdasarkan kesepakatan masyarakat. Pemupukan nilai dalam masyarakat Melayu membolehkan seseorang itu diterima sebagai sebahagian daripada masyarakat. Masyarakat Melayu cukup mementingkan aspek nilai dalam kehidupan untuk menjamin kesejahteraan masyarakat dan nilai yang disampaikan bersifat beradab, muafakat dan penuh dengan kesusilaan yang murni. Nilai dalam masyarakat Melayu dapat dipupuk melalui dua pembahagian cara, iaitu formal (melalui pendidikan formal di institusi pendidikan) dan tidak formal (melalui persekitaran seperti keluarga, rakan dan masyarakat).

            Nilai dan etika Melayu dikatakan mempunyai perkaitan rapat dengan perkara yang dianggap sebagai mempunyai nilai yang tinggi dari segi kebenaran, kebaikan dan keindahan. Nilai-nilai tersebut cukup sinonim dengan agama Islam yang sangat berpengaruh dalam masyarakat Melayu seluruh nusantara. Ketinggian dan kesucian nilai dan etika berdasarkan pengaruh agama Islam itu sendiri memberi pengaruh yang sangat besar terhadap akal budi Melayu sehingga ia kekal pada masyarakat hari ini.


Bibliografi
Ab. Aziz Yusof, (2009). Pembangunan Modal Insan :Teras Pendidikan Negara. Kedah : UUM,  
Sintok
Ahmad Fazullah Mohd Zainal Abidin et.al, (2007). Modal Insan : Konsep, Aplikasi dan Isu-isu
Kontemporari dalam Cabaran Pemerkasaan Tamadun Insan. Pahang : Universiti
Malaysia Pahang.









No comments:

Post a Comment